Hubungi kami
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Pangkalan Data Agribio   Bahasa : BM |  EN
Sila masukkan nama saintifik atau nama tempatan
 
ZonHerba
No. RujukanACP0171
Nama Spesies

Champereia manillana (Blume) Merr.

 
Nama FamiliOpilliaceae 
Nama TempatanCemperai 
Foto  
Kegunaan TradisionalUlaman, ulser, lenguh-lenguh badan 
HuraianMorfologi: Syrub atau pokok kecil setinggi 10 m. Daun selang seli, oblong-eliptik, pangkal daun kuneat, apeks akuminat, tepi daun licin dan permukaan sedikit kesat. Infloresens panikel daripada aksil daun. Bunga kecil, berwarna putih kekuningan. Buah elipsoid, licin dan berwarna ungu kemerahan. 
Taburan EkologiBiasanya terdapat di kawasan tanah rendah di hutan primer dan sekunder. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonUlaman
No. RujukanACP0174
Nama Spesies

Capsicum frutescens L.

 
Nama FamiliSolanaceae 
Nama TempatanCili Padi, Lada Burung 
Foto  
Kegunaan TradisionalUlaman, masakan, ulser, bengkak, senga tulang 
HuraianMorfologi: Tumbuhan berkayu, 3-4 kaki tinggi.Daun majmuk, apeks obtus hingga akuminat, bunga putih kekuningan, tunggal dengan 5 sepal. Buah oblong, hujung tajam dan bertukar hijau kepada merah apabila masak. 
Taburan EkologiTersebar meluas di kawasan tropika dan banyak ditanam di Semenanjung Malaysia. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0178
Nama Spesies

Citrus microcarpa Bunge

 
Nama FamiliRutaceae 
Nama TempatanLimau Kasturi 
Foto  
Kegunaan TradisionalSakit kepala, demam, batuk, cuci rambut 
HuraianMorfologi: Herba atau syrub, setinggi 1 m. Daun majmuk, licin, eliptik, bergerigi dan hujung daun obtus. Buah kecil, bulat berwarna kuning kehijauan apabila masak. Bunga tunggal dan berwarna putih dengan 5 petal. 
Taburan EkologiDitanam di China, Filipina dan Semenanjung Malaysia. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonTumbuhan Wangian
No. RujukanACP0183
Nama Spesies

Carissa carandas L.

 
Nama FamiliApocynaceae 
Nama TempatanKerandang, Asam Katok 
Foto  
Kegunaan TradisionalUlaman, demam, gatal kulit, sembelit, jeruk 
HuraianMorfologi: Syrub berduri. Daun majmuk dalam susunan setentang. Tepi daun bergerigi. Buah putih atau merah jambu dan berasid. 
Taburan EkologiBerasal daripada India. Terdapat di Afrika dan Asia. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonTumbuhan Wangian
No. RujukanACP0189
Nama Spesies

Colocasia gigantea (Blume) Hook.f.

 
Nama FamiliAraceae 
Nama TempatanKeladi 
Foto  
Kegunaan TradisionalHiasan 
HuraianMorfologi: Herba setinggi 3m. Daun lebar dan besar, kordat dan tepi daun berombak. Bunga berwarna putih.  
Taburan EkologiTerdapat di Burma hingga ke Kepulauan Jawa. Sesuai di kawasan batu kapur seperti di utara Semenanjung Malaysia. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonTumbuhan Wangian
No. RujukanACP0193
Nama Spesies

Cinnamomum iners Reinw.

 
Nama FamiliLauraceae 
Nama TempatanMedang Teja, Kayu Manis Hutan 
Foto  
Kegunaan TradisionalTonik, lepas bersalin, demam 
HuraianMorfologi: Pokok setinggi 20 m. Daun oblong, permukaan bawah glaukos dan keputihan, 8-25 cm panjang dan 2-8 cm lebar. Petiol 0.5- 1.5 cm panjang.  
Taburan EkologiTerdapat di barat India hingga ke Kepulauan Jawa dan Sumatera.Biasa dijumpai di Semenanjung Malaysia. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0195
Nama Spesies

Coleus amboinicus Lour.

 
Nama FamiliLabiatae 
Nama TempatanBangun-bangun, Sapooh 
Foto  
Kegunaan TradisionalBatuk,lepas bersalin,demam,asma,gigitan binatang 
HuraianMorfologi: Herba perennial dan mempunyai rerambut pendek. Daun ringkas, eliptik, tepi daun serat dan setentang. Bunga putih atau ungu pada tangkai yang panjang. Buah kecil. 
Taburan EkologiTerdapat di kawasan tropika. Berasal daripada Afrika dan banyak ditanam di Malaysia. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonTumbuhan Wangian
No. RujukanACP0031
Nama Spesies

Clerodendrum thomsoniae Balf.

 
Nama FamiliVerbenaceae 
Nama TempatanHati berdarah 
Foto  
Kegunaan TradisionalHiasan, merawat demam dan tonik kesihatan 
HuraianMorfologi: Tumbuhan berkayu. Kaliks putih, bunga berwarna merah jambu. Daun berbentuk kordiformis, apeks akut dan tepi daun licin. Taburan ekologi: Tersebar meluas di kawasan tropika dan berasal daripada Afrika Selatan. 
Taburan Ekologi 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0055
Nama Spesies

Claoxylon longifolium (Blume) Endl. Sx Hassk.

 
Nama FamiliEuphorbiaceae 
Nama TempatanChapa Batu 
Foto  
Kegunaan TradisionalUlaman  
HuraianMorfologi: Syrub atau pokok kecil setinggi 3m. Daun eliptik-oblong atau lanseolat. Pangkal daun akut dan tepi daun licin atau sedikit berombak. Petiol 1 cm panjang. Bunga betina dalam jambak. Sepal ovat dan stamen banyak. Taburan ekologi: Berasal daripada Burma dan tersebar ke Malaysia dan Filipina. 
Taburan Ekologi 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0123
Nama Spesies

Croton argyratum Bl.

 
Nama FamiliEuphorbiaceae 
Nama TempatanCenderai Gajah 
Foto  
Kegunaan TradisionalSakit usus, aromatik, cuci perut, tonik 
HuraianMorfologi: Pokok kecil setinggi 3-6m. Dahan bersisik. Daun koriasus, eliptik atau ovat lanseolat, akut hingga akuminat. Pangkal daun bersisik dan sedikit kelabu. Petiol 2.5 cm panjang, rasem 10-15 panjang. Bunga betina besar dengan sepal oblong. Kapsul oblong dan berglobus. Taburan ekologi: Terdapat di Burma dan Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan tanah rendah. 
Taburan Ekologi 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
      1 2 3 4      
Hit Pelawat
Free Counter

 

 

 
Best resolution on 800x600 | Copyright © 2025, AgriBio Information System.