Morfologi:Pokok sederhana tinggi, mencapai ketinggian 37 meter. Daun ringkas dan selang-seli,peruratan trinev dan glabrus. Stipul tiada. Bunga putih kekuningan dan dalam panikel.Buah hijau kelabu dan jenis drupa. Taburan ekologi: Terdapat di kebanyakkan kawasan Asia Tenggara seperti India, Semenanjung Malaysia dan Borneo.Biasanya terdapat di hutan dipterokarpa dan sub-pergunungan. Hidup subur di kawasan lereng bukit di pelbagai jenis habitat.
Morfologi: Pokok kecil dan renek, boleh mencapai 1m tinggi. Daun dalam jambak dengan tepi daun yang licin. Bunga tunggal dengan 5 petal atau kadang-kadang dalam infloresen. Terdapat beberapa warna pada bunga samada putih atau ungu.
Taburan ekologi: Dipercayai berasal daripada kawasan Asia Tengah. Tersebar meluas hingga ke kawasan tropika. Hidup subur di kawasan tanah yang berpasir.
Morfologi: Syrub setinggi 1m. Daun lanseolat dan hujung akuminat, 16-24 cm panjang. Petiol 2cm panjang. Pembungaan jenis rasem dengan korola sepanjang 4cm.
Taburan Ekologi
Terdapat di seluruh kawasan tropika dan biasa dijumpai di kawasan tanah rendah.
Morfologi: Pokok setinggi 10 m. Daun pelbagai saiz, ringkas, obovat, apeks obtus hingga akut, pangkal daun attenuat. Petiol tiada. Bunga berbau. Buah jenis pepo, sfera hingga ovoid-eliptik. Biji kecil dan nipis.
Morfologi: Pokok sederhana besar atau syrub, mempunyai banyak cabang. Daun berbentuk eliptik, permukaan atas daun licin manakala permukaan bawah tomentos. Mempunyai bau yang wangi. Petiol tebal dan berbulu halus. Bunga juga diliputi oleh bulu halus dan oblong. Buah separuh bulat dan juga berbulu halus.
Taburan ekologi: Berasal daripada Kepulauan Jawa. Terdapat juga di kawasan Borneo dan Sumatra.
Morfologi: Herba, mencapai ketinggian sehingga 2meter. Pertunasan melalui rizom yang menjadi ubi dengan batang kemerahan. Daun dalam susunan selang-seli, oblong-lanseolat, hijau kemerahan atau keunguan. Bunga pada hujung batang, berwarna jingga. Buah berduri, jenis kapsul dan berbentuk bulat berwarna perang kehitaman apabila matang.
Taburan ekologi: Dipercayai berasal daripada kawasan Amerika Tengah. Tersebar hingga ke Amerika Selatan. Kebanyakannya ditanam untuk mendapatkan ubi dan sebagai hiasan di kawasan seluruh dunia. Hidup subur di kawasan tanah rendah atau sedikit lembap.
Morfologi: Paku pakis yang tumbuh secara berkoloni dan boleh mencapai ketinggian 1m. Batang utama dilitupi oleh rerambut halus berwarna emas kekuningan seperti pada bahagian krozier dan daun muda. Lamina jenis bipinat, ovat ke eliptik, permukaan bawah putih kelabu dan permukaan atas hijau gelapSori pula terletak pada bahagian tepi daun pada permukaan bawah.
Taburan ekologi: Asli di kawasan China. Terdapat juga di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia seperti di Cameron Highlands dan Bukit Fraser.
Merawat demam, batuk dan sebagai tonik kanak-kanak
Huraian
Morfologi: Herba atau sedikit berkayu, boleh mencapai ketinggian hingga 1m. Batang keunguan. Daun lanseolat-akuminat, pangkal daun membulat dengan dua unjuran halus. Bunga kekuningan, keluar pada aksilari dan memanjang. Kasul globus hingga trunkat dan sekitar 1cm panjang.
Taburan ekologi: Dipercayai berasal daripada India. Terdapat di kawasan barat Semenanjung Malaysia seperti di Perak dan Selangor. Kebiasaannya hidup di kawasan tanah rendah, lembap dan terbuka seperti kawasan tepi sawah atau kawasa penempatan.
Morfologi: Syrub berduri, biasa terdapat di lantai hutan setinggi 5-10 cm. Batang berduri yang keluar daripada celah daun. Daun ringkas, setentang, berbulu halus, ovat hingga eliptik, subkoriaseus dengan pangkal daun kuneat. Bunga putih kekuningan terdapat dalam kelompok dengan korola kehijauan. Buah kekuningan dan jenis drup.
Taburan ekologi: Terdapat di Semenanjung Malaysia, Thailand, Kepulauan Jawa dan Borneo. Biasa hidup di hutan sekunder, di tepi jalan dan kawasan terbuka. Sesuai di kawasan tanah berpasir dan lereng bukit.