Hubungi kami
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Pangkalan Data Agribio   Bahasa : BM |  EN
Sila masukkan nama saintifik atau nama tempatan
 
ZonHerba
No. RujukanACP0159
Nama Spesies

Syzygium polyanthum (Wight) Walp. var. polyanthum

 
Nama FamiliMyrtaceae 
Nama TempatanSerai Kayu, Salam 
Foto  
Kegunaan TradisionalUlaman, gatal-gatal badan, awet muda 
HuraianMorfologi: Pokok setinggi 30 m. Batang kelabu dan bersisik. Daun hijau kekuningan, setentang, eliptik, pangkal kuneat dan apeks akuminat. Bunga sesil dan berwarna putih. Buah jenis globus, berwarna merah jambu atau ungu apabila masak.  
Taburan EkologiTerdapat di kawasan hutan tanah rendah seperti di Burma dan Malaysia. Biasanya di Pulau Langkawi serta Singapura. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0177
Nama Spesies

Sauropus androgynus (L.) Merr.

 
Nama FamiliEuphorbiaceae 
Nama TempatanCekur Manis, Asin-asin 
Foto  
Kegunaan TradisionalLepas bersalin, masakan 
HuraianMorfologi: Syrub, setinggi 1m. Daun majmuk dan selang seli. Tepi daun bergerigi. Apeks akuminat dan pangkal daun trunkat.  
Taburan EkologiTaburan ekologi: Terdapat di India dan Malaysia. Kebanyakan ditanam dengan meluas di sesetengah negara. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0151
Nama Spesies

Solanum mammosum L.

 
Nama FamiliSolanaceae 
Nama TempatanTerung susu kambing 
Foto  
Kegunaan TradisionalMerawat asma, selsema dan sifilis 
HuraianMorfologi: Herba setinggi 1-2 meter. Mempunyai bulu dan berduri tebal. Susunan daun jenis ringkas dan berselang-seli. Daun berbentuk kordat dengan 3-5 lob dan bergerigi pada bahgian tepi. Permukaan daun berduri kuning pada peruratan utama. Bunga ungu kekuningan samada tunggal atau dalam kelompok. Buah unik dengan bentuk membujur dan mempunyai hujung seperti puting dan isi dalam putih dengan biji putih.  
Taburan EkologiBoleh dijumpai di kawasan tropika dan temperat. Dikatakan asli di Mexico hingga Hindi Barat. Banyak ditanam sebagai hiasan.  
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0186
Nama Spesies

Scorodocarpus borneensis (Baill.) Becc.

 
Nama FamiliOlacaceae 
Nama TempatanKulim, Bawang Hantu 
Foto  
Kegunaan TradisionalUlaman, pewarna, buang angin dalam badan 
HuraianMorfologi: Pokok setinggi 30 m, berbau tajam seperti bawang putih. Daun selang seli, berkilat, apeks obtus dan tepi daun licin.  
Taburan EkologiTerdapat di Sumatera dan Borneo. Biasanya di tanah rendah dan tersebar luas di Semenanjung Malaysia. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0134
Nama Spesies

Strychnos axillaris Colebr.

 
Nama FamiliLoganiaceae 
Nama TempatanGajah Tarik  
Foto  
Kegunaan TradisionalTonik, lenguh badan 
HuraianMorfologi: Liana,20 m. Dahan puberulus atau glabrus. Petiol 1cm panjang, anak daun eliptik, ovat atau sub-orbikular.Infloresens aksilari atau terminal. Bunga 5 petal, kaliks 1-2 mm. Stamen di tengah tiub korola. Filamen pendek, anter ovat, apeks apikulatus. Ovari globus, buah jenis beri dan biji elipsoid hingga membulat. Taburan ekologi: Terdapat di Asia terutamanya kawasan pergunungan dan tropika. 
Taburan Ekologi 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0142
Nama Spesies

Smilax myosotiflora A.DC.

 
Nama FamiliSmilacacaceae 
Nama TempatanUbi Jaga 
Foto  
Kegunaan TradisionalTonik, lenguh badan 
HuraianMorfologi: Pemanjat dengan daun pada batang. Petiol 2cm panjang, eliptik, pangkal obtus, apeks akuminat hingga akut. Infloresens sesil, berwarna kuning dan bersaiz kecil. Taburan ekologi: Tersebar di seluruh kawasan tropika dan kawasan temperat. Biasa terdapat di Siam dan Semenanjung Malaysia.  
Taburan Ekologi 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0086
Nama Spesies

Strychnos ignatii Berg

 
Nama FamiliLoganiaceae 
Nama TempatanGajah tarik 
Foto  
Kegunaan TradisionalTonik, lenguh badan 
HuraianMorfologi: Tumbuhan menjalar, mempunyai tendril dan cangkuk. Batang berdiameter 10 cm, licin, kemerahan. Daun eliptik atau ovat, 25 cm panjang. Bunga hijau jenis umbel. Ovari superior seperti bentuk labu dan berwarna kuning jingga. Buah mengandungi biji sepanjang 3cm, ovat dan berwarna kekelabuan. Taburan ekologi: Tersebar meluas di kawasan Amerika, Asia dan Afrika. 
Taburan Ekologi 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0109
Nama Spesies

Schefflera heterophylla (Wall. ex G.Don) Harms

 
Nama FamiliAraliaceae 
Nama TempatanKerbau Amuk 
Foto  
Kegunaan TradisionalTonik, lenguh-lenguh badan 
HuraianMorfologi: Syrub atau pokok yang menjalar. Mempunyai aroma. Daun bahagian atas lebih kecil berbanding daun bawah, berwarna hijau terang, oblong-lanseolat hingga ovat akuminat. Panikel pubesen dengan 25-30 cm panjang dan 4-5 cm lebar.Taburan ekologi: Tersebar ke seluruh kawasan tropika seperti Sumatera dan Semenanjung Malaysia. Terdapat di kawasan berbatu kapur dan tanah rendah seperti di Terengganu dan Kedah serta perak. 
Taburan Ekologi 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonPaku-pakis
No. RujukanACP0236
Nama Spesies

Selaginella wildenowii (Desv.) Baker

 
Nama FamiliSelaginellaceae 
Nama TempatanPaku Merak, Paku Selemah 
Foto  
Kegunaan Tradisional 
HuraianMorfologi: Paku pakis, tumbuh berselerak. Batang mempunyai banyak cabang. Percabangan jenis oblong-falkat. Daun yang steril lebih besar daripada daun fertil dan berwarna kebiruan di permukaan atas daun. Strobilus jenis tetragonous dan terdapat di hujung cabang. Taburan ekologi: Mempunyai taburan yang meluas di kawasan Semenanjung Malaysia seperti di Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Sesuai hidup di kawasan lantai hutan di hutan tanah rendah hingga pergunungan, tepian hutan atau kawasan tepi jalan.  
Taburan Ekologi 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0240
Nama Spesies

Smilax calophylla Wall. J.L

 
Nama FamiliSmilacaceae 
Nama TempatanRancang besi, Tampang besi 
Foto  
Kegunaan TradisionalGonorea dan tonik kesihatan. 
HuraianMorfologi: Syrub, tumbuh menjalar. Batang dan dahan licin. Daun seperti sireh, berbentuk eliptik hingga lanseolat-eliptik atau ovat, mempunyai tiga urat daun yang jelas, bahagian bawah lebar, hujung daun menirus, permukaan bawah putih kekelabuan dan permukaan atas licin. Infloresen tiada tangkai, bunga jantan kekuningan dan menghasilkan buah berwarna merah. Taburan ekologi: Taburan meluas di Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasa tanah rendah.  
Taburan Ekologi 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
      1 2 3      
Hit Pelawat
Free Counter

 

 

 
Best resolution on 800x600 | Copyright © 2024, AgriBio Information System.